Campak belakang memori 2010

Assalamualaikum..

Hi blogger. Untuk kesekian lamanya N tak menaip. Ini nukilan pertama N untuk tahun ini. Saja nak campak balik belakang memori 2010. Kebosan petang ini membuatkan N terasa nak search nama sendiri kat Google, ntah macam mana tengah leka scroll segala gambar yang ada tu. N jumpa 1 gambar dan gambar tu bukan dari blog N. Terkejut? Yup! Memang N terkejut sangat amat sebab gambar tu dari blog seseorang yang pernah betahta dalam hati ini dan mungkin sehingga sekarang kot. Haha. Perlu ke ada perkataan 'kot' tu, nampak sangat tak pasti dengan hati sendiri. Dari kata-kata dan nukilan ZR (owner of the blog), masa tu kami baru kenal dan semakin rapat. Dalam erti kata lain setiap hari, masa dan saat ketika itu kami dilamun cinta. Ececeh *blushing sangat. 

Ini la gambar tu.

Baru N ingat, inilah gambar pertama yang N bagi dekat ZR. Dengan tak sengajanya, semua kenangan N dengan ZR muncul satu persatu dalam kepala. Dah macam wayang dah kenangan tu muncul. Dari hari pertama kami kenal dan bagaimana kami kenal. 

Gambar tu pun dah buat N rasa nak gelak guling-guling sebab lama dah tinggal gaya mulut itik tu. Haha. Perbezaan pipi yang kurus dulu dengan sekarang berbeza sangat. Zaman tengah belajar memang la kurus je semedang stress belajar. Sekarang dah kerja berisi sikit je. 

::Bulat::

Thanxx sudi bace . sila tinggalkan komen anda . oke !

0 Budak Kecik Menyanyi..: