Info : Influenza



Assalamualaikum...

Hai semua! Sambil-sambil layan lagu-lagu korea dengan musim cuaca tak menentu niii. Zira nak kongsi sedikit info dengan semua berkenan penyakit yang semakin meningkat statistik di Malaysia ni selain demam denggi. Sedikit sebanyak info yang bakal di kongsi ini mungkin dapat memberi sedikit pengetahuan kepada anda.

Influenza Pandemic atau dikenali sebagai "Spanish Flu", telah wujud sejak 100 tahun lalu. Wabak ini telah merebak keserata dunia ketika Perang Dunia I yang melibatkan satu pertiga atau 500 juta orang penduduk bumi. Imigrasi penduduk akibat peperangan dan juga kebangkitan ekonomi pada waktu itu menyebabkan Pandemik ini merebak keserata dunia. Sehingga tahun 1920, wabak ini merosot dan puluhan juta orang dianggap meninggal dunia. Pada tahun 1947, Jawatan kuasa Interim WHO telah berkerjasama dengan kesihatan awam dan kesihatan global bagi menangani dan mengawal penyakit ini dari terus merebak. 

*Symptom Influenza

Influenza, selalunya dikenali sebagai selesema, adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Simptom yang paling biasa termasuk : demam tinggi, hidung berair, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, bersin dan letih. Gejala0gejala ini biasanya bermula dua hari selepas pendedahan kepada virus dan paling tidak kurang dari seminggu. Walaubagaimanapun, batuk mungkin bertahan lebih dari dua minggu. Pada kanak-kanak, mungkin cirit birit dan muntah tetapi ini tidak kepada orang dewasa. Komplikasi influenza termasuk radang paru-paru virus, bakteria atau jangkitan sinus. dan masalah-masalah kesihatan yang lenih teruk seperti asma atau kegagalan jantung.

Biasanya, virus itu tersebar melalui udara dari batuk atau bersin. Ini dipercayai berlaku kebanyakannya berbanding jarak yang agak pendek. Ia juga boleh tersebar dengan menyentuh permukaan yang tercemar oleh virus dan kemudian menyentuh mulut atau mata. Seseorang mungkin menular kepada orang lain sebelum dan semasa mereka menunjukkan gejala. Jangkitan ini boleh disahkan dengan menguji tekak, dahak, atau hidung untuk virus itu. Sekiranya anda mempunyai tanda gejala seperti di atas. Amatlah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor anda sebelum sakit makin melarat dan merebak ke ahli keluarga mahupun orang sekeliling anda. 

Pencegahan awal lebih baik daripada mudarat kemudian hari. Langkah pencegahan, memakai topeng muka (mask), menjaga kebersihan tangan sebelum atau sesudah menyentuh objek, sanitiser (hand rub) sentiasa ada didalam beg anda. Ketika bersin tutup hidung dan mulut. Pastikan anda mencuci tangan anda selepas bersin. Influenza boleh merebak melalui udara, mahupun sentuhan ( bersin ). Elakkan berada di kawasan ramai orang seperti pusat membeli-belah. Kurangkan kontak dengan pesakit yang telah berjangkit. Kanak-kanak sangat mudah berjangkit walaupun mereka telah lengkap vaksin, ini kerana antibodi mereka lemah. Ibu bapa haruslah sentiasa mengingati dan mengajar anak-anak untuk menjaga kebersihan bagi mengelakkan jangkitan berlaku.

*Hand-washing

Zira harap dengan apa yang Zira kongsikan ini dapat membantu anda semua.  


Thanxx sudi bace . sila tinggalkan komen anda . oke !

0 Budak Kecik Menyanyi..: