Happy Birthday

Assalamualaikum..

Hello peeps!! Dah masuk bulan Julai dah rupanya dan tak lama lagi... Eh! Eh! dah nak pose la korang! Patot lah aku rasa macam dah bersarang Labah-Labah je blog aku ni. Alolorh! Rindunye kat blog aku ni. Alahai, ciannye dah macam-macam binatang dah ada ni. HaHa! Nampak benor nipunye!  

 Banyak sangat perkara yang berlaku kat aku lately ni. Busy kerja, kelas, usrah, tazkirah, family probs dan macam-macam la. Dah lebih 5bulan dan beberapa hari aku terus menyepi dari dunia blogging. Tapi ade gak sekali-sekala jogging kat blog kawan-kawan. Cuma tak meninggalkan jejak je seperti kali lepas. Bukan la malas, tapi kekangan masa dan faktor kesihatan juga salah satu puncanye. Buhsankan? Dah la balik rumah jek cari bantal. HaHa! Penat weyh! Kadang-kadang nak duduk borak ngan family pom nak tak nak je. 

Kesempatan yang ada masa aku DayOff isnin lepas. Dan kebetulan jatuh lak pada tarikh dimana Umie genap umur 45 tahun. HAPPY BIRTHDAY UMIE! Aku memang plan nak keluar nak cari kek bagai la. Sempat gak la aku layan muvie THE AMAZING SPIDER MAN. Best sangat la kan citer tu. Rasa nak pergi tengok sekali lagi je! Tapi agak-agak la kan nak tengok sekali lagi kat wayang. Tunggu Abah beli CD je. HeHe! Habis je citer tu. Kitorang bedua pergi cari hadiah lak untuk Umie. Dekat sejam gak cari nak beli apa. Adik dapat sehelai seluar dan aku just beli kasut je kat Umie. Chantek la kan! Kitorang bedua terus pegi cari kek dan cari makanan untuk isi perot. Mak Aih! Gastrik lak aku time2 tu. Mane tak nye. tak makan dari pagi.Then, redah lak makan popcorn lemau + air bergas. Terbaik sangat la! Dah dapat je barang-barang yang kitorang nakkan. Pergi la beratur tunggu Teksi. Barisan dah panjang da. Tunggu punye tunggu. Dekat sejam aku tunggu teksi. Dah la hari hujan, jalan jam gilew. grrr! Panas je dalam hati. Lagi-lagi bile ade Teksi yang sangat memilih tempat. Macam-macam alasan diorang.

Sampai je rumah. ingatkan tak adalah kena bebel ke hape. Alih-alih kena bebel dengan Umie sabab tak jawab col dia. HaHa! Memang tak la aku nak jawab coz silent. Tak perasan. Masuk rumah buat muke tak bersalah terus bedal makanan yang kitorang beli tadi. Alhamdulillah! Lega sangat dapat makan. Kalau lambat sikit lagi rase nye dah kena masuk air dah ni. HuHu! Eh! Angah tak beli Pizza ke? Adoiii! Makin panas hati aku. Dah la col PHD boleh lak dekat setengah jam aku tunggu tapi tak sambung pom kat orang yang nak terima order tu. Hangin jek rasa! Nasib la Dominos jawab. Dominos sampai mula la plan kitorang. Umie buat ilek jek sambung borak dalam talifon. Kitorang siap padam lampu bagai. Macam kelakar plak. Sebab Umie boleh lak sambung cakap sedangkan kitorang dah nyaynyi lagu bufday ni. Budak-budak ni dah laparr dan tak leh nak tunggu da bila Umie nak potong kek. Siap kitorang ambil talifon dan off kn. HaHa! Maaf la mak cik ku sayang, kejap lagi sambung lagi okep!

Daa korang! Nextime jupe lagi okep!

*maaf picx takleh upload. nextime aku upload :)



Thanxx sudi bace . sila tinggalkan komen anda . oke !

0 Budak Kecik Menyanyi..: