Hello peeps!
Sekian lama NHM menyepikan diri. Idea untuk menaip tu hilang entah kemana. Hanyut dibawa arus. Haha! Ayat tak boleh nak lagi skema ke NHM. ngeee~ Bila dah lama tak menaip ni, mulalah hati ini nak mengarang merepek merapu dia tuh! Sambil menaip, sambil melayan lagulagu Dato' Siti Nurhaliza. Ntah ape motip NHM hari ni nak layan lagulagu hits Dato' Siti. Tetiba rasa tengah mengadap paper BM kertas2 SPM la pulak. hesh! Apekejadahnye NHM ni. oke! berhenti merapu.
Setelah sekian lama menyepi. NHM rasa macam dah meng'anak' tiri kan belog ni. Macam mana nak menaip kalau tidur pun sekadar lelapkan mata sekejap je. Kerja taklah sibuk mana pun tapi jiwa ni melonjaklonjak macam kanak-kanak Ribena tu dan sanggup pulak bersengkang mata semata-mata melayan Korea sampai lewat malam. Kerja pulak selalu double shift je. Memang tak sempat nak mengadap blog la. Sekadar berblog walking tanpa sapaan sempat la. hihi. Dalam kesibukan harian tersebut, NHM sempat gak la melepak dengan kawan-kawan dan sebagainya.
Bulan lepas, awal bulan agaknya. NHM hadiri satu seminar mengenai pengenalan USRAH. Seminar selama 2hari 1malam di Port Dickson anjuran pihak Hospital tempat NHM berkhidmat sekarang. Seminar ini bertujuan untuk membuka para Nuqaba' apa itu usrah. Sepanjang seminar dijalankan, sangat santai dan flexible sebab pengarah kata lebih kepada percutian sambil menimba ilmu. Betul sangatlah berehat sambil menimba ilmu. Isipadu program sangat ringan dan tak banyak aktiviti pun. Hanya duduk dalam dewan sahaja. Terhad mungkin sebab sebilangan ibu mengandung turut serta dalam program tersebut termasuklah yang membawa anak. Menariknya, semasa perbincangan dijalankan. kami saling berkongsi pendapat dan pandangan. Usrah merupakan suatu pertemuan atau perjumpaan untuk berkongsi pendapat mengenai pelbagai topik. Tidak semestinya hanya terarah kepada perihal agama sahaja tetapi boleh juga mengkaitkan mengenai isu semasa. Usrah merupakan permulaan kepada ukhuwah dimana kita dapat mengenali ahli lain. Di hospital dimana tempat NHM berkhidmat sekarang sudah hampir 15tahun menjalankan aktiviti seperti ini. Matlamatnya untuk meningkatkan ilmu akhirat selain dari menimba ilmu dunia. Tujuannya adalah untuk sama-sama dalam menimba ilmu Allah. Selain dari bekerja, dapat juga menimba ilmu untuk meningkatkan kifayah diri. Program usrah akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan akan dibuat dua kali dalam sebulan. Masa yang diambil tidak terlalu lama. Intipati usrah adalah bacaan al-Quran, perbincangan, solat jemaah, dan bacaan Mathurat. Perbincangan terbuka kepada ahli untuk mencari artikel atau hadis atau surah-surah/sirah Nabi. Alhamdulillah, buat masa ini NHM dapat mengkuti usrah dengan baik. Tidaklah membebankan tetapi meringankan kerana tidak semua orang mempunyai masa untuk mentelaah ilmu Allah ini. Kesibukan bukan penghalang untuk terus menimba ilmu tidak kira dimana.
p/s : Perkongsian ilmu.
0 Budak Kecik Menyanyi..:
Post a Comment