2014! Azam Baru. Buku Baru

Assalamualaikum..

Hye oll'z! Ayat biasa bagi orang yang dah lame gile-gile tak update blog 'lame gile dah tak update blog! huh! berhabuk dah blog ni.' haha. Sebenarnye memang betul pon. Macam Ira la kan. Ececeh! Ira sangat! Dulu 'aku', lepas tu 'Zira'. Sekarang dah jadi Ira. Okay ape? Lembut sikit bunyinye. hehe. *mengade kan?

Berbalik pada topik asal. Memang Ira dah lame gile tak update blog. Sibuk semedang, kalah menteri. Kerja Ira ni letih tapi inilah yang Ira pilih sebagai kerjaya Ira. Penat, stress, sakit semua tu dah sebati dah dalam diri ini. Asal lame tak update je mesti kate blog berhabuk. Eh! Mane ade. Blog ni same je macam dulu, cuma kosong je sebab takde yang baru dan terbaru pun. Ayat pun dah lapuk dah.

Tahun 2013 pergi meninggalkan seribu kenangan. Banyak kenangan terindah yang tak sempat Ira nak kongsikan bersama. Suka duka, pahit getir, tawa tangis, dan juga kehilangan insan tersayang *arwah atok, semua tu dalam kenangan yang tak akan pernah luput dari ingatan.

Alhamdulillah.. Kita dah masuk tahun baru pun. 2014! Semua orang dah update pasal azam tahun baru. Ira baru je nak update lepas hampir seminggu dalam tahun baru ni. Azam tahun baru? hmm. Sebenarnya Ira dah list kan awal-awal. haha. Macam banyak sangat je kan benda nak buat tahun ni. Termasuklah salah satu perkara yang sering menjadi tanda tanya Ira. Siapa jodoh kita? Itu persoalan yang paling sukar nak jawab bila Ira sendiri tak pernah terfikir bagaimana reaksi Ira nanti bila Ira dilamar oleh seseorang. Kawan-kawan Ira masing-masing sedang menunggu mase untuk menimang cahaya mata mereka. Umur Ira pon dah meningkat. Akin meningkat umur kita. Makin kita dekat dengan hari kematian kita. Insyaallah. Azam tahun baru ini Ira nak kejar solat 5 waktu ni tanpa tinggal satu pun. Sahabat blogger pon. Setiap azam yang kita buat mesti ada satu yang kita akan cuba kekalkan sehingga akhir hayat kita.


Thanxx sudi bace . sila tinggalkan komen anda . oke !

0 Budak Kecik Menyanyi..: